WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - WEBINAR PERCUMA “Tak Nak Jadi ‘Hulk’? Belajar Kawal Marah Dengan Pakar!”

12 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2025, iaitu pada hari Isnin, seorang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri. Webinar ini membincangkan masalah cepat naik angin dan cara untuk mengawal diri agar tidak memudaratkan diri dan orang sekeliling.

Marah, mudah naik angin dan cepat melenting ketika stress ini dianggap normal, namun jika ia memudaratkan diri dan orang sekeliling, itu yang harus diambil berat. Bersama Dr. Ravivarma Rao Panirselvam, Pakar Psikiatri dari Hospital Miri, beliau telah mengupas secara santai dan profesional cara-cara urus kemarahan dengan sihat dan berkesan. Topik ini sangat sesuai bagi semua golongan terutamanya yang tengah struggle kawal emosi, pasangan, guru, ibu bapa, malah majikan pun!

Webinar ini disediakan secara atas talian melalui google meet. Peserta juga boleh menonton secara live di Youtube live, saluran Studio Sihat dan Facebook live: NADI Malaysia. Melalui webinar ini, kita dapat pelajari jika keadaan emosi yang tidak terkawal, haruslah segera dapatkan nasihat dari pakar. Turut dikongsikan oleh Dr. Ravivarma Rao Panirselvam juga adalah mencuba sesuatu hobi baru. Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali